Thursday, December 3, 2009

Sultan Muhammad Al-Fateh


"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


Sama-sama kita ikuti kisah yang sangat menarik dalam novel sejarah islam, Sultan Muhammad al-Fateh karya Abdul Latip Talib. Semoga darah perjuangan yang mengalir dalam diri Sultan Muhammad juga akan mengalir dalam diri kita...InsyaAllah

Sunday, October 25, 2009

Musibah Buat muhasabah...

"Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, karena Kami hendak memberi cobaan kepada mereka, siapakah di antara mereka yang paling baik amalnya." (QS Al−Kahfi (18): 7)

Apa yang kita lakukan jika ditimpa musibah????

Mengeluh

Sabar

Menangis

Insaf

Marah




Sama-sama muhasabah kembali...
Orang yang terkena musibah berupa kesusahan di dunia, jika ia hadapi dengan kesabaran, ikhtiar, dan tawakal kepada Allah SWT, hakikatnya ia tidak terkena musibah. Justru yang ia dapatkan adalah pahala.

Sebaliknya, musibah kesenangan selama hidupnya, jika ia tidak pandai mensyukurinya, maka itulah musibah yang sesungguhnya. Karena, bukan pahala yang ia peroleh, melainkan dosa.

Wallahua'lam

Tuesday, October 13, 2009

INFO SAINS....

# Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
# Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar
dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
# Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
# Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
(sebab tuh kena sebut Alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus....
bukan sebut pardon me or excuse me..)
# Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
# Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing,
karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk
membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala
mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
# Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana
air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis,
masam dan sebagainya.
# Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
# Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap
cahaya.
# Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh
berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
# Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3
jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000
perkataan yang ada.
# Kalau anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana
keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang
disangkakan.
# Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam
setahun.

Sunday, September 6, 2009

PRODUK HALAL!!!

Tentu semua pernah dengar kan tentang produk HPA...produk 100% halal, buatan orang Islam...Nak dijadikan cerita, hari tu kami ada menjalankan eksperimen bagi mengkaji sabun mane yang paling berkesan untuk mebunuh bakteria????Hasil eksperimen sangat menakjubkan...Gambar kat bawah ni menunjukkan bakteria yang ada pada tangan sebelum dan selepas tangan dibasuh....

Yang pertama skali, kami uji terhadap sabun LUX....


Sebelum basuh tangan dengan sabun LUX


Selepas basuh tangan

Seterusnya, sabun Dettol....


Sebelum basuh tangan


Selepas basuh tangan

Akhirnya... sabun HPA....


Sebelum basuh tangan


Selepas basuh tangan

Percaya atau tidak apa yang kami dapat ialah sabun HPA amat berkesan dalam membunuh bakteria kalau nak dibandingkan dengan sabun anti bakteria lain.... Sedangkan sabun HPA yang digunakan bukanlah sabun anti bakteria, tapi sabun biasa je....Subhanallah, itulah kelebihan yang ada pada produk yang halal...Marilah sama-sama kita bertukar ke produk halal...Gempur HPA!!! Allahuakbar...

Wednesday, August 5, 2009

KETEGASAN SAIDINA ABU BAKAR MENDIDIK ANAK

  • Abu Bakar r.a merupakan seorang ayah yang sangat tegas dalam mendidik putera dan puterinya. Malah Abu Bakar r.a juga akan marah walaupun pada perkara yang remeh dan kecil hinggakan ditakuti oleh anak-anaknya, Aisyah dan Abdul Rahman.

  • Suatu ketika tetamu mengunjungi Abu Bakar r.a. Beliau berpesan kepada anaknya, Abdul Rahman, agar menghidangkan makanan kepada tetamu dan menjemput mereka makan terlebih dahulu tanpa menunggu beliau. Namun tetamu tidak ingin makan dahulu dan bertegas mahu menunggu Abu Bakar r.a. Akibat takutkan ayahandanya akan marah, Abdul Rahman bersembunyi sebaik sahaja Abu Bakar r.a pulang. (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

  • Nu’man bin Basyir meriwayatkan: Sayidina Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. Waktu itu dia mendengar Aisyah r.ha berteriak.Setelah meminta izin untuk masuk, Abu Bakar r.a ingin menampar Aisyah dan ingin menampar Aisyah dan ia berkata, “Aku tidak ingin engkau berteriak kepada Rasulullah s.a.w.” Rasulullah s.a.w menahan Abu Bakar dan menyabarkannya.

Saturday, August 1, 2009

SEINDAH MAWAR BERDURI


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami…

(”,) Amiin (”,)