Pasti ada yang pernah makan cheese cake yg kat Secret Recipe tu kan. Kali ni jom kita blaja buat cheese cake ni. Mudah dan sedap...
Bahan-bahan
9 keping biskut digestive, dihancurkan
2 sudu besar mentega, dicairkan
Bahan-bahan untuk di blend
2 kotak cream cheese
3 biji telur
1 cawan yogurt plain
1/2 cawan gula halus
1 sudu esen vanilla
Cara-cara
- Biskut tadi boleh dihancurkan dgn menggunakan blender. Campurkan mentega dgn biskut, gaul rata.
- Kemudian, tekan biskut pada dasar loyang. Biarkan dalam peti sejuk.
- Campurkan cream cheese, telur, yogurt, gula dan esen vanilla. Kemudian blend sampai sebati.
- Panaskan oven suhu dalam 190-200 darjah celcius.
- Tuangkan bahan yang diblend atas biskut tadi.
- Bakar lebih kurang dalam 30-45 minit.
- Angkat dan sejukkan. Kemudian boleh disimpan dlm peti sejuk sblm dimakan.
Selamat mencuba...