Saturday, November 6, 2010

Berkorbanlah....


Puas memikirkan tajuk yang sesuai untuk post kali ni. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan dipanjangkan usia untuk menulis. Baru habis paper tadi, rehatkan minda dengan berkongsi sesuatu bersama dengan yang lain..

Tertarik dengan tajuk yang dibincangkan dengan sahabat2 berkenaan dengan Hari Raya Korban. Waktu tu dalam keadaan mencari sesuatu..Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk turun ke surau bersama sahabat2, mendengar perkongsian yang amat bermakna bagi ana sendiri. Sememangnya Allah tak memberikan apa yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu. Terasa berat menerima keputusan yang kita tak mampu laksanakan tapi digagahkan juga diri kerana memikirkan itu yang terbaik buatkita sendiri. Perbincangan yang berkisar mengenai pengorbanan amat menyentuh hati dan meningkatkan lagi keyakinan diri terhadap ketentuan Allah. Bukanlah diri ini banyak berkorban, tak ada apa pun yang dikorbankan cuma simbolik  pengorbanan itu sendiri ana cuba kaitkan dengan situasi yang dialami.  

Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha, tetapi sejauh manakah kita memahami pengertian Hari Raya Korban itu sendiri. Situasi sekarang berbeza kerana ramai yang lebih menghargai dan gembira dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidiladha. Cuti bekerja pun cuma 1 hari. Kadang2 ada yang tak sedar hari raya Korban dah tiba. Sedangkan hari raya korban merupakan hari raya yang cukup bermakna buat kita.

Kita imbas kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim......
Sesungguhnya apa yang berlaku keatas Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail Alaihissalam itu merupakan ujian yang memerlukan kesabaran dan ketabahan. Perkara ini diceritakan di dalam Al-Quran Surah Ash-Shaaffat ayat 102 tafsirnya :

"Maka tatakala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu : Maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab : Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu : Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Sememangnya ujian Allah Subhanahu Wataala keatas Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail Alaihissalam itu suatu yang amat berat yang sukar dilakukan oleh manusia biasa seperti kita, tetapi apakah kita juga tidak sanggup berkorban dalam bentuk yang lainnya semata-mata untuk mentaati perintah Allah SWT.

Pengorbanan mempunyai pengertian yang amat luas. Pengorbanan bukan hanya tertakluk pada satu perkara sahaja tetapi meliputi pengorbanan harta benda, waktu, tenaga, fikiran, perasaan, kepentingan diri dan bermacam-macam lagi. Sememangnya kita tak mampu untuk berkorban sebagaimana hebatnya Nabi Ibrahim tetapi itu bukanlah alasan untuk kita langsung tidak boleh berkorban. Jangan sempitkan pemikiran dengan konsep pengorbanan itu sendiri.


Sama-samalah kita hargai apa yang kita ada dan jangan terlalu kita mengharapkan sesuatu selain drp Allah kerana ada waktu kita perlu untuk megorbankan apa yang ada di sisi kita kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlu bukan sekadar apa yang kita mahu kerana bimbang jika kita mengikut nafsu semata, jauh dari keredhaanNya. Elakkan kemudharatan yang kecil untuk menjauhi kemudharatan yang besar. Post ni lebih ditujukan pada diri sendiri dan sekadar perkongsian bersama...Di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari  Raya Aidiladha buat semua sahabat2 dan keluarga yang tercinta...Wassalam..

No comments:

Post a Comment