Sunday, October 31, 2010

Sahabat & Kedamaian....







"Mengertilah sahabat, ana tidak memerlukan kebersamaan kita sentiasa, kemesraan... apa yang ana perlukan dalam persahabatan ini hanyalah sebuah kefahaman dan kekuatan...."



Memetik kata-kata seorang sahabat  yang cukup memberikan kesan kepada diri tentang nilai ukhwah itu sendiri.  Semakin lama bersahabat, semakin banyak ujian yang Allah berikan sebagai menguji samada kita bersahabat kerana manusia atau kerana Allah. Jarang sekali kita mendapat apa yang kita inginkan kerana selalunya apa yang kita inginkan itu mungkin tidak baik untuk kita. Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah yang menenentukan segala-galanya.Buat sahabat, maafkan segala-galanya, mungkin kefahaman masih lagi kurang dalam diri ini, banyak lagi kelemahan yang ada. Kadang-kadang memberikan kekecewaan kerana ana tak menjadi sahabat seperti yang diharapkan. Syukran sahabat atas segala nasihat dan perhatian yang diberikan selama ini. Moga tabah di jalan perjuangan. 
Segenggam tabah.... Ya Allah berikan kekuatan dalam menempuhi setiap ujian Mu terhadap kami dan eratkan ukhwah kami yang dibina kerana Mu. 

Monday, October 25, 2010

Final Exam


Tidak sepatutnya bagi mu'minin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
(At-Taubah: 122 )

Salam imtihan buat semua.Final exam berkunjung lagi. dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk exam, Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk update blog ni. Semalam baru lepas 1 paper. Alhamdulillah, benarlah janji Allah, siapa yang membantu agamaNya, maka akan dibantu olehNya. Walaupun waktu study yang ada tidak seperti kawan-kawan sekelas yang lain, tapi bantuan Allah sentiasa bersama. Sekadar perkongsian sempena musim exam ini. Dari seorang Ustaz:

Preparation 4 life:
1) Jaga hubungan dengan Allah
   
Amalkan : 
  • Qiamullail
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Dhuha
  • Mathurat
  • Puasa Sunat
  • Baca al-Quran
2) Jaga Hubungan dengan manusia
  • Ibu Bapa
  • Sahabat
  • Classmates
  • Roomates
  • Lecturer
  • dll........

Preparation 4 Exam

Tips-tips masuk dewan peperiksaan:
  • Berwuduk
  • Langkah dengan kaki kanan
  • Baca Al-Fatihah 
  • Baca arahan di kertas soalan
  • Doa Restu Ibu ayah
Marilah sama-sama kita amalkan apa yang baik, moga kita mendapat keredhaan Allah dalam usaha kita mendapatkan kejayaan dalam final exam ni.

Monday, August 16, 2010

Dua Bungkus Nasi......

Ramadhan bertamu lagi.....
Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun ni.Bulan penuh keberkatan cukup menguji hambaNya dalam menjaga diri dan melatih diri di madrasah Ramadhan ni. Dua bungkus nasi, 1 untuk berbuka dan 1 lagi untuk bersahur. InsyaAllah.
Kehidupan di kampus baru dan suasana yang baru cukup2 mencabar. Mujur sentiasa ada sahabat2 di sisi saling mengingatkan. Itulah indahnya ukhwah kerana Allah, bila kita lupa, dia mengingatkan, bila kita silap, dia betulkan...
Kerinduan pada sahabat di Jengka tak terkira. Belum diizinkan untuk turun ke sana kerana kekangan masa yang ada...Smoga adik2 di Jengka dlm keadaan yang baik dan sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik dlm pelajaran mahupun kerja....

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Moga Madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa kita agar lebih dekat dengan pencipta. Kerana kita belum pasti masih adakah kesempatan buat kita bertemu dengan ramadhan yang akan datang??????

Friday, June 25, 2010

CHEESE CAKE...


Pasti ada yang pernah makan cheese cake yg kat Secret Recipe tu kan. Kali ni jom kita blaja buat cheese cake ni. Mudah dan sedap...

Bahan-bahan

9 keping biskut digestive, dihancurkan
2 sudu besar mentega, dicairkan

Bahan-bahan untuk di blend

2 kotak cream cheese
3 biji telur
1 cawan yogurt plain
1/2 cawan gula halus
1 sudu esen vanilla

Cara-cara

  1. Biskut  tadi boleh dihancurkan dgn menggunakan blender. Campurkan mentega dgn biskut, gaul rata.
  2. Kemudian, tekan biskut pada dasar loyang. Biarkan dalam peti sejuk.
  3. Campurkan cream cheese, telur, yogurt, gula dan esen vanilla. Kemudian blend sampai sebati.
  4. Panaskan oven suhu dalam 190-200 darjah celcius.
  5. Tuangkan bahan yang diblend atas biskut tadi.
  6. Bakar lebih kurang dalam 30-45 minit. 
  7. Angkat dan sejukkan. Kemudian boleh disimpan dlm peti sejuk sblm dimakan.

Selamat mencuba...

Sunday, April 25, 2010

Jauh Perjalanan Luas Pandangan..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”

(al-An'am:11)

Apa hikmah Allah suruh kita mengembara?
Jika kita perhatikan ayat di atas, tujuan utama supaya kita mengembara adalah untuk mengambil iktibar akan balasan orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya. Ini akan membuatkan kita lebih insaf dan dapat memberi kesedaran pada diri.

Kata orang, jauh perjalanan luas pandangan. Pengalaman merantau ke tempat orang semakin banyak. Ilmu pengetahuan bertambah. Jika kita berada di landasan yang betul, kita akan mudah mengecapi kejayaan.

Inilah antara tujuan lain mengapa Allah suruh kita mengembara. Di samping itu, kita juga akan dapat melihat kebesaran Allah di segenap tempat dan akan dapat menambahkan ketakwaan kita kepada Allah. Tanda-tanda kekuasaan Allah dapat dilihat di mana-mana sebab Dialah yang menciptakan makhluk-makhluk dan alam semesta ini.

Mungkin atas sebab itu juga yang membawa diri untuk bermusafir sebentar jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan di kampus. Mencari ketenangan dan kedamaian melihat alam semesta ciptaan Allah, terasa betapa agungnya ciptaan Allah, ringan lidah memuji-Mu ya Allah.
Rupanya begitu kerdil diri ini.

Setelah 3 hari berada kat JB, sambung bercuti di Melaka pula. Bukan saje2 seronok nak bercuti. Dari perjalanan tu banyak benda yang kita belajar, sebab tu Mat Saleh suka sangat mengembara. Mengenali alam, mengenali budaya orang, mengetahui makna sebenar kekayaan, mengecapi hidup dalam kesederhanaan membuatkan kita semakin seronok mengembara.

Pernah baca dalam buku Langit Illahi sepotong ayat "Aku tidak selalu mendapat apa yang aku sukai, oleh sebab itu aku sentiasa menyukai apa yang aku dapat" menunjukkan lahirnya sifat qanaah dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Rupanya begitu luas nikmat Allah pada kita cuma kita manusia yang belum sedar dan jarang pula bersyukur pada-Nya.

Mengembaralah di bumi Allah ini selagi hayat dikandung badan kerana mungkin dari situ kalian temui sesuatu yang menjadikan diri lebih dekat pada-Nya...Subhanallah

Saturday, April 3, 2010

JOM BLAJA...

Harini ada program 'computer skill' anjuran EAC utk sahabat-sahabat blaja wat banner, poster, edit movie n wat blog. Alhamdulillah, banyak dapat input daripada program ni yang berguna untuk wat keje lps ni.he2...


 sebelum edit

selepas edit guna adobe photoshop

pingu chummel

Sunday, March 28, 2010

SALAM KEDAMAIAN

Dah lama tak update blog. Mungkin krn komitmen lain yang kadang-kadang membataskan sesetengah perkara. Tapi alhamdulillah, kiranya masih diberi peluang lagi untuk update blog ni. Tinggal 1 bulan 2 minggu lagi di jengka. Rasa macam masa berlalu begitu cepat. tapi itulah hakikat sebenar yang harus diterima. Perpisahan yang pahit nak lalui dengan keadaan yang tak stabil skang. Mohon seribu kemaafaan kepada teman-teman kerana sepanjang perkenalan banyak perkara yang mengguris perasaan dalam keadaan sedar maupun tidak. Diri ini insan biasa yang tak layak bergelar sahabat sekadar menumpang di pinggiran. Trima kasih atas ukhwah ini. Maaf atas hak yang tak tertunai. Moga dirimu sahabat terus gah di medan perjuangan.
salam kedamaian....


moga salam bersambut, ukhwah kembali bertaut